CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 8, 2008

K.A.W.A.N. & K.E.L.U.A.R.G.A. serta N.A.S.I.H.A.T

Cerita tentang hidup tahun ni, perit sgt. Tapi aku hadapi dengan senyuman. Semanis yang boleh. Sahabat ada yang cakap kenapa nak sabar sgt, banyak yang pijak kepala nanti. Tapi aku biasa sangat mengalah. Nak buat macam mana, selagi aku tak mati dikenakan orang, aku akan bersabar. Sampai bila nak balas dendam, puas hati ke tengok seseorang yang pernah kita sayang merana.

CeRiTeRa CeRiTa tentang K.A.W.A.N......
Aku ada sekumpulan kawan yang aku kenal dari kecik. Tapi sekarang berpecah, atas sebab yang aku tak leh terima. Tak kisahla. Aku terlalu independent, itu yang abah selalu cakap. Aku sentiasa hadapi masalah sendiri. Aku ada kawan, tapi aku tak nak bergantung pada mereka. Aku akan keras hati bila aku decide sesuatu. Sahabat aku NOR AIDAH ABDULLAH, dia cakap aku nampak lembut, terlalu bergantung tapi sebenarnya aku tabah dan sangat berdikari. Aku jenis tak mengungkit tapi aku jenis mengharap.... Payah nak paham. Tapi apa yang aku pegang, biar jahat mulut, janji hati tak kotor....

Gambar bersama sahabat baik aku, NOR AIDAH ABDULLLAH semasa Majlis Reunion SMK SERI SERDANG 2008

PUSHPAPRIYA PANIRSELVAM, sahabat yang banyak membantu dalam pelajaran aku.


CeRiTeRa CeRiTa tentang K.E.L.U.A.R.G.A...
Aku anak ketiga dari enam beradik. Cukup utk menggambarkan yang aku seorang yang berdikari. Membesar dengan harapan parents yang datang dari kampung. Abah biasakan kami dengan hidup yang senang, dia ada agenda sendiri. Biasa dengan kesenangan, mengajar kami untuk mencari kesenangan. Parents aku tak keras dalam mengajar kami mencari hidup tapi tegas bila sentuh tentang education. Keluarga belah emak tak suka cara parents aku bentuk anak-anak dia, bagi mereka terlalu lembut. Tapi aku kagum dengan cara mereka. Cara itu merapatkan kami. Abah tak pernah halang anak-anaknya hang out time malam, tapi kami tahu batas kami untuk pulang.

AKU BERSAMA ADIK-ADIK, SHAFIQ DAN AFIRAH

EMAK, SHAFIQ, DAN AFIRAH

ALONG SHAMRI DAN SHAFIQ

ANGAH SYAHRIL

AKU DAN ADIK AKU, HUDA

RAJA HATI AKU, SUHAIMI MOHD JOHARI


CeRiTeRa CeRiTa tentang sebuah N.A.S.I.H.A.T.
Nasihat abah suatu hari dulu, bila kita menghulurkan bantuan, jangan harapkan pembalasan. Bila kita harapkan balasan, kita biasanya kecewa. Belajar hadapi kekecewaan itu, kerana menghadapi kekecewaan itu lebih mudah dari mengenang kekecewaan itu. Aku pernah rasa dan aku tahu kebenaran nasihat ini. Nasihat aku senyumlah bila hadapi kesukaran, ingatlah ada yang sayangkan kita, dan yang paling penting ALLAh sentiasa membantu hambaNya yang bersabar.

0 comments: