CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 11, 2008

JANGAN BUAT DIA KECEWA

J.U.L.A.I....
Hidup aku orait jer.. Tak de pasang, xde surut... Aku ada orang yang sayang aku dan aku sayang dia. Masalah ada tapi aku buat2 macam tak de.. Sebab aku sayang dia.....

O.G.O.S.....
Aku cuba kucar-kacirkan hidup aku. Berjumpa balik sahabat2 lama masa sekolah dulu. Kerap sgt hang out malam2... Aku abaikan orang yang sayang kat aku. Tiba2 aku rasa sayang itu hilang, puas aku pupuk sayang tu semula. Tapi ntahla. Mungkin sebab kami jauh dan sebab2 yang aku sendiri malas nak pikir. Itu silap aku. Bila ada masalah, bila aku rasa cam xder jalan selesai, aku akan berhenti memikirkannya.....

S.E.P.T.E.M.B.E.R......
Dia sakit. Ulser dalam perut tapi dia macam menghukum diri sendiri. Bulan puasa, dia sakit dan dia masih berpuasa. Aku bersalah pada dia. Sembunyikan rasa yang dah hilang dalam hati. Akan aku pupuk kembali rasa itu, sebab dia terlalu baik untuk disia2kan. Biarlah masalah apapun yang akan melanda selepas ini.

O.K.T.O.B.E.R.....
12 oktober nanti, genap kami setahun. Harap2 hubungan itu akan kukuh. Bila ingat balik detik kami mengikat kasih dulu, pada malam terakhir ramadhan setahun dulu. Kali ini, kali kedua kami beraya sebagai pasangan kekasih. Moga2 aku kuat menempuh dugaan untuk terus bersama dia dan dia mampu menyatukan kasih kami berdua. Halangan2 yang ada di keliling hubungan kami ini, harap2 menjadikan kami makin menghargai hubungan ini.

S.A.Y.A.N.G. minta maaf sgt2 kat A.B.A.N.G.

0 comments: