CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 9, 2008

DI SEBALIK SEBUAH SENYUMAN


Kenapa benarkan diri aku terus disakiti? Kenapa seronok ke hidup dihimpit rasa sakit? Susah sgt ke nak cari bahagia? Kenapa manusia selalu mencari bahagia pada org yang tak sepatutnya? Kenapa manusia perlukan bahagia?

Harap2 senyuman masih mampu terukir di wajah ini? Kenapa nak main api kalau tahu akan terbakar nanti? Sudah tahu takut akan ombak, kenapa nak berumah di tepi pantai? Kadang2 ada benda yang kita buat tapi kita sendiri tak tahu akan sebabnya. Kita buat dan lakukan tanpa memikirkan sebab serta akibat.

Lepas tu, nak salahkan orang pun tak boleh. Penatkan? Tapi aku tetap akan teruskan hidup aku dengan senyuman. Aku takkkan mengalah disebabkan orang2 yang tak pandai menghargai aku. Aku akan terus hidup aku bersama mereka yang mementingkan aku. Lagipun, ada yang hidup kerana aku. Ada yang menjadikan aku harapan pada dirinya. Ada yang cukup sayang akan aku. Kenapa nak hukum mereka2 ini disebabkan manusia yang tak bijak hargai aku.....


Teruskan tersenyum, ada kekuatan disebalik setiap senyuman. Aku kuat, aku tabah, dan aku akan teruskan hadapi masalah dengan senyuman. Silaplah pada sesiapa yang mensia2kan aku. Aku bukan pendendam tapi aku tahu hikmah orang bersabar. Banyak kali dah aku nampak kehebatan hikmah itu.


Dalam hidup ini, tak ada siapa yang menang atau kalah tapi untung dan rugi itu yang penting. Jangan selalu menuding jari pada kesilapan orang tapi muhasabahla diri. Jangan meratapi kesilapan sendiri, tapi perbaiki. Jangan menyesal akan setiap perbuatan, sebab itu pengalaman. Jadikan kesilapan dan kesukaran hidup itu sebagai pengalaman serta pedoman. Kita adalah siapa kita.


Senyumlah babe. Hidup ini tak lama. Kenapa nak buang masa menyesali hidup. Kenapa nak rugikan dengan dendam yang tak abis. Puas ke hati selepas dendam itu terbalas. Setahu aku, hati manusia ni susah nak dipuaskan…….


You all baca blog ni, you all akan fikir balik apa yang aku cakap. Ada kebenarannya kan dalam setiap patah perkataan yang aku taip.. Dah besarkan, takkan xleh nak terjemah sendiri….

0 comments: